Pengundi terjejas bantah penyingkiran tiga daerah mengundi DUN Sebuyau

0

KUCHING: Tiga individu tampil mewakili 100 pengundi terjejas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebuyau, di bawah Parlimen Batang Lupar semalam untuk bertemu panel Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai persempadanan semula kawasan pilihan raya negeri.

Jurucakapnya, Numpang Suntai berkata, antara perkara  dibincang dalam perjumpaan itu ialah bantahan terhadap penyingkiran tiga daerah mengundi Sungai Apin, Tanjung Beluku dan Slanking dari DUN Sebuyau untuk diletak di bawah Simunjan.

“Memindahkan tiga kawa-san ini akan mengecilkan lagi saiz kawasan Sebuyau yang hanya memiliki 9,395 pengundi.

“Jumlahnya menurun kepada 8,804 pengundi iaitu 65 peratus dan ber-ada bawah paras purata pengundi negeri sebanyak 13,536,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Perkara itu katanya, melanggar Seksyen 2(c) Jadual ke-13 Lembaga Persekutuan yang memperuntuk jumlah peng-undi di setiap konstituensi di negeri haruslah lebih kurang sama.

Sebab kedua kumpulan itu menolak penyingkiran daerah mengundi itu kerana ia terletak sebelah kanan Batang Sadong dan ia sama seperti daerah mengundi lain di Sebuyau.

Sekiranya tiga daerah mengundi berkenaan di-letak di Simunjan katanya, ia akan memisah hubungan tempatan  memandangkan ia bukan sahaja berhubung secara geografi sebaliknya berkongsi budaya dan sosial dengan Sebuyau.

“Dan, ini sekali gus melanggar Seksyen 2(d) Jadual ke-13 Perlembagaan Persekutuan. Kami turut membantah peletakan DUN Sebuyau di bawah Parlimen Batang Lupar.

“Ia harus diletak di Parlimen Sadong yang berada di Bahagian Samarahan seperti DUN Sebuyau. Dengan berbuat demikian, jumlah pengundi di Batang Sadong 29,781 dan ia lebih dekat dengan jumlah purata negeri bagi kawasan Parlimen yang menyenarai jumlah 35,778 pengundi,” katanya.

Selain dua bantahan utama tersebut katanya, kumpulan itu turut melahir kekecewaan ke atas SPR berhubung proses persempadanan yang dijalankan.

Jelasnya, Klausa 2(a) Notis dalam Warta yang dikeluarkan SPR telah menekankan, tidak berlaku perubahan dalam pilihan raya persekutuan bagi negeri Sarawak.

Tetapi kata Numpang, pemindahan tiga daerah mengundi itu ke Simunjan ternyata menjejaskan sempadan Parlimen sekali gus membabitkan pilihan raya persekutuan.

Malah katanya, SPR juga tidak menyedia maklumat secukupnya bagi pengundi terjejas menjadikan mereka tidak pasti apa yang perlu dibantah.

“Kami berharap SPR akan mengambil kira bantahan kami secara serius dengan membuat semakan sewajar-nya kerana kita percaya bantahan ini ada asas kukuh.

“Kita akan menunggu keputusan apabila semakan, sekiranya ada, dipamerkan pada Paparan Awam Kedua,” katanya.