Skuad MAKSAK Bintulu sedia gegar Miri

0

BINTULU: Skuad Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Bintulu mendapat kata-kata semangat ketika menerima kunjungan Pengerusi MAKSAK Bintulu merangkap Residen Bahagian Bintulu, Muhamad Yakup Kari dan Setiausaha MAKSAK, Mohammad Dino Amid semasa sesi latihan skuad itu di Padang Flat BDA semalam.

Selain kata-kata semangat, skuad terbabit yang diketuai oleh Herman Lanying Tingang sebagai pengurus pasukan turut menerima bendera MAKSAK daripada Muhamad Yakup.

Skuad itu akan mengibar cabaran mewakili MAKSAK Bintulu ke Kejohanan Bola Sepak Lelaki MAKSAK Antara Bahagian 2015 pada 28 Februari sehingga 1 Mac di Miri.

Pembentukan skuad Bintulu itu membabitkan pemilihan 10 pemain lelaki terbuka dan lapan pemain veteran dengan kelayakan umur pemain veteran ialah 40 tahun ke atas pada tahun 2015 iaitu dilahir sebelum atau pada tahun 1975.