Disangka kayu, rupanya anak buaya

0

DITANGKAP: Anak buaya yang ditemui di bahu Jalan Sultan Tengah, Kuching diselamatkan oleh JPAM.

KUCHING: Seorang pengguna jalan raya tidak menyangka objek disangka sebatang kayu di tepi Jalan Sultan Tengah di sini rupanya anak buaya.

Buaya yang dianggarkan sepanjang tiga kaki itu dipercayai tersesat selepas dihanyutkan air pasang.

Pasukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bergegas ke tempat kejadian untuk menangkap reptilia berkenaan susulan menerima panggilan daripada orang awam.

Anak buaya berkenaan yang berjaya ditangkap oleh lima anggota JPAM diketuai oleh Sjn Ramli Aujik dijangka akan diserahkan kepada pihak berwajib.