72 bakal sertai Pertandingan Boling 10 Pin Program Pendidikan Khas

0

MIRI : Seramai 72 peserta masing-masing dar i Kuching, Sibu, Bintulu, Serian, Padawan dan Lundu serta Miri akan mengambil bahagian pada Pertandingan Boling 10 Pin Program Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sarawak hari ini bermula jam 9 pagi.

Pertandingan terbabit merupakan anjuran Jabatan Pelajaran Miri dan Program Pendidikan Khas SMK St Joseph yang berlangsung di Megalanes East Bowling Centre Bintang Megamal l Miri.

Ia terbuka kepada kesemua pelajar pendidikan khas sekolah rendah dan menengah seluruh Sarawak yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori individu dan kumpulan.

Antara objektif penganjuran pertandingan berkenaan adalah untuk memilih mereka yang berpotensi mewakili Sarawak ke Pertandingan Boling 10 Pin Program Pendidikan Khas Peringkat Antarabangsa yang bakal diadakan pada Ogos depan.

Menteri Muda Sukan Datuk Lee Kim Shin dijangka merasmikan majlis penutupan dan penyampaian hadiah kepada para pemenang pada jam 3.30 petang.