Pasukan futsal sekitar Miri dipelawa sertai Piala Eutag

0

MIRI: Pasukan futsal sekitar bandar raya Miri dipelawa menyertai pertandingan futsal Piala Eutag anjuran Mutiara General Trading and Services yang dijadualkan berlangsung pada 11 hingga 14 Jun ini.

Penganjurnya, Lee Jong Soon berkata pertandingan itu terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan akan diadakan di Gelanggang Futsal Mutiara Miri.

Pertandingan itu hanya terbuka kepada pasukan lelaki sahaja dengan yuran penyertaan yang dikenakan ialah RM150 untuk setiap pasukan.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 8 Jun sementara cabutan undi akan dibuat pada hari berikutnya (9 Jun) jam 7 petang di Gelanggang Futsal Mutiara Miri.

Johan, naib johan dan tempat ketiga akan menerima RM1000, RM500 dan RM300 bersama piala dan pingat.

Sebarangan keterangan lanjut atau untuk mendapatkan borang penyertaan boleh menghubungi City Sport Centre di talian 085- 422333.