Miri menghantar 11 atlet wushu ke KL

0

MIRI: Persatuan Wushu Miri menghantar 11 atlet ke Kuala Lumpur bagi menghadapi Kejohanan Wushu Terbuka Antarabangsa yang berlangsung pada 24 hingga 27 Julai depan.

Pengerusinya, Tiong Ching Chiong berkata kebanyakan atlet dihantar kali ini adalah muka baharu masih cetek pengalaman mereka pada kejohanan wushu.

“Tujuan kita menghantar muka-muka baharu itu adalah supaya mereka dapat menimba pengalaman serta belajar kemahiran baharu dalam pertandingan kerana rata-rata mereka adalah muka baharu,” katanya di sini semalam.

Atlet-atlet terbabit ialah Phang Yii Fei, John Yu, Amy Bong, Phang Yii Gin, Chai Min Lin, Angelina Sim, Jonathan Lu, Farid Adam, Tiong Ying Shing, Arthur Lau, dan Lim Kah Von.

Tioang berkata, ini adalah kali kedua semua atlet itu dihantar menyertai pertandingan di luar Sarawak dan harapan mereka untuk membawa pulang pingat dalam kategori disertai.

Kejohanan itu adalah anjuran Wushu Federation of Federal Territory Kuala Lumpur dengan kerjasama International Kung Fu Federation dan Wushu Association of Henan Province.

Tujuan ia diadakan untuk mendekatkan silaturahim kalangan pengamal seni bela diri wushu serta persatuan serta mempromosi seni dan kebudayaan wushu kepada orang awam.

Di samping dikenali sebagai destinasi pelancongan, Malaysia juga ingin dikenali sebagai tempat mempromosi budaya dan seni bela diri wushu seluruh negara.