Tiada agihan bantuan wang di “Dewan Suarah” Ahad ini

0

KUCHING: Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri menafikan wujud pengagihan wang dikenali sebagai bantuan Yayasan Warisan Anak Sarawak pada Ahad ini.

Penafian itu adalah susulan “notis” yang menjadi viral di internet dan whatsapp.

Bantuan yang menawarkan RM1,000 kepada rakyat beralamat di Sarawak itu dikatakan akan diadakan di “Dewan Suarah” pada jam 10 pagi esok.

“Bagi sesiapa yg berpendapatan isi rumah bawah RM3000 dan mempunyai kad pengenalan beralamat di Sarawak maka anda layak untuk mendapat Bantuan awas (Yayasan Warisan Anak Sarawak) sebanyak RM1,000,” kata notis itu.

Notis itu turut meminta orang ramai yang berminat perlu membawa bersama kad pengenalan, slip gaji, bil elektrik atau bil air.

The fraudulent statement on social media claiming that those with RM3,000 would be able to pick up financial aid at their local civic centres tomorrow.

The fraudulent statement on social media claiming that those with RM3,000 would be able to pick up financial aid at their local civic centres tomorrow.