Rumah kayu setingkat musnah dijilat api

0

SIBU: Sebuah rumah kediaman di Lorong 5A, Sentosa Utara, Salim di sini ranap dalam kebakaran jam 6.58 petang semalam.

Dua pasukan termasuk 15 orang dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu diketuai PBK II Abang Kamaluddin dan enam orang dari BBP Sungai Merah dikerahkan ke lokasi kejadian.

Pasukan pertama keluar dari BBP Sibu jam 6.59 petang tiba di lokasi kejadian sejauh lapan kilometer jam 7.09 petang.

Menurut Komander Operasi, semasa pihak pemadam api tiba di lokasi api sudah marak menjilat rumah kayu setingkat jenis tidak kekal.

Bomba bertungkus-lumus memadamkan api menggunakan dua aliran, 300 kaki dan empat pancutan dan mendapat bekalan air dari pili bomba berhampiran.

Namun, api sudah menyebabkan kebakaran 100 peratus dan berjaya dikawal jam 7.13 petang dan operasi tamat sepenuhnya jam 7.39 petang.

Tiada kehilangan nyawa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Difahamkan semasa kejadian tiada orang berada di rumah kerana semua penghuni keluar bekerja