Tagih perhatian anak, ibu bohong minum racun

0

TA01290KUCHING: Gara-gara ingin perhatian, seorang ibu terpaksa berbohong kepada anak-anaknya memberitahu dia meminum racun rumput di rumahnya di Batu Kitang kelmarin.

Mangsa berusia 45 tahun itu dikatakan tinggal bersendirian dan menghubungi anak perempuannya sekitar jam 7 malam Jumaat lepas memberitahu dia meminum racun rumput selepas bergaduh dengan anak lelakinya.

“Anaknya risau selepas dimaklumkan mengenai perkara tersebut kemudian terus menghubungi ambulans sebelum menghubungi adik-beradiknya yang lain,”katanya.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) oleh ambulans dan pegawai perubatan mengiringi mangsa mula sangsi apabila tidak menghidu bau racun rumput dari mulut mangsa.

“Selepas disoal, mangsa mengaku dia tidak ada meminum racun tetapi menipu anak-anaknya kerana inginkan perhatian mereka,” kata sumber.

Atas permintaan mangsa, dia kemudian dibawa ke HUS untuk pemeriksaan sebelum dibenarkan pulang bersama keluarganya selepas itu.