Jerebu: 19 penerbangan di LTAK dibatalkan, 571 penumpang terjejas

0

KUCHING: Jerebu hari ini memaksa 19 penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) dibatalkan setakat jam 7 malam ini.

Pengurus Kanan LTAK, Malaysia Airports Mohd Nadzim Hashim berkata ia merangkumi sembilan ketibaan dan 10 pelepasan.

Katanya, pembatalan itu membabitkan 571 penumpang.

Sejumlah 22 penerbangan mengalami kelewatan merangkumi11 pelepasan dan 11 ketibaan.

Seramai 2,478 penumpang mengalami kelewatan yang merangkumi ketibaan 1,141 dan pelepasan 1,337 orang.

Jarak penglihatan di LTAK pada pagi tadi ialah sekitar 800 meter.

Menjelang tengah hari sekitar 1,300 meter dan lewat petang sekitar 3,000 meter.

“Semua penumpang yang mengunakan penerbangan melalui LTAK dinasihatkan menyemak jadual penerbangan dengan syarikat penerbangan masing masing sebelum ke lapangan terbang,” katanya.