Nasib berbeza dua penunggang motosikal

0
NGERI: Mangsa terbaring tidak bernyawa di bahu jalan setelah motosikalnya hilang kawalan dalam kemalangan maut di Jalan Meranti, Sarikei malam kelmarin.

NGERI: Mangsa terbaring tidak bernyawa di bahu jalan setelah motosikalnya hilang kawalan dalam kemalangan maut di Jalan Meranti, Sarikei malam kelmarin.

CEDERA: Orang awam membantu mangsa sementara menunggu ketibaan anggota paramedik.

CEDERA: Orang awam membantu mangsa sementara menunggu ketibaan anggota paramedik.

Remaja nyaris maut dalam nahas di Kuching, kemalangan di Sarikei meragut nyawa

KUCHING: Dua penunggang motosikal mengalami nasib berbeza dalam dua kemalangan berasingan di sini semalam, dan Sarikei malam kelmarin.

Dalam kejadian di Jalan Penrissen di sini sekitar jam 1.30 petang semalam, seorang lelaki dikhuatiri patah tulang kaki dan cedera di mukanya selepas melanggar bahagian tepi sebuah kereta yang tiba-tiba memintas hadapannya semalam.

Menurut sumber, mangsa berusia 18 tahun dikatakan menunggang motosikal seorang diri menuju ke pusat bandar raya semasa kemalangan tersebut berlaku.

Saksi ditemui di tempat kejadian memberitahu, kereta tersebut dipandu seorang wanita membuat pusingan ‘U’ sebelum cuba memasuki satu persimpangan.

Orang awam melihat kejadian itu segera membantu mangsa selain turut menghubungi ambulans untuk menghantar mangsa ke Hospital Umum Sarawak (HUS).

Namun, seorang lagi penunggang motosikal terbunuh dalam kejadian berasingan di Sarikei, malam kelmarin.

Dalam kejadian sekitar jam 8.15 malam itu, mangsa, John Yeong, 32, dari Rumah Belu, Sungai Pelong Sarikei dipercayai menunggang motosikal seorang diri dari arah Bintangor menuju ke Sarikei.

Ketika melalui lokasi berselekoh di Jambatan Sarikei berhampiran Jalan Meranti, dipercayai motosikal mangsa hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar penghadang simen dan penghadang jalan di bahu kiri jalan.

Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan teruk di beberapa bahagian penting badannya dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Kes terbabit masih dalam siasatan polis di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.