SAS anjur ‘Freedom Film Fest 2015’ pada hari ini

0
JOM TONTON: Karen menunjukkan poster ‘Freedom Film Fest 2015’ untuk tayangan hari ini di Hotel Grand Continental dari jam 1 petang hingga 5 petang. Turut kelihatan jawatankuasa SAS Peter John Jaban.

JOM TONTON: Karen menunjukkan poster ‘Freedom Film Fest 2015’ untuk tayangan hari ini di Hotel Grand Continental dari jam 1 petang hingga 5 petang. Turut kelihatan jawatankuasa SAS Peter John Jaban.

KUCHING: Pergerakan Saya Anak Sarawak (SAS) akan menganjurkan ‘Freedom Film Fest 2015’ pada hari ini, 10 Oktober bertempat di Hotel Grand Continental di sini.

Program berbentuk tayangan filem ini turut mendapat kerjasama daripada Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS) yang merupakan sebuah pusat komunikasi popular bagi hak-hak asasi manusia.

Bercakap mengenai program ini, wakil penganjur Karen Shepherd berkata empat filem akan ditayangkan dari jam 1 petang hingga 5 petang.

Jelasnya, semua filem yang ditayangkan akan memaparkan kisah-kisah benar masyarakat Malaysia mahupun luar negara yang dinafikan hak-hak mereka oleh kerajaan mahupun syarikat.

“Tayangan filem ini juga akan memberi peluang kepada para penonton untuk mempelajari hak-hak mereka dari sudut adat dan undang-undang.

“Pada masa yang sama, tayangan filem ini juga akan memberi peluang kepada para penonton untuk mendapat maklumat bagaimana cara untuk membuat filem-filem pendek yang berkaitan dengan hak asasi,” kata Karen.

Dalam pada itu, empat filem yang akan ditayangkan pada program hari ini bermula dengan filem ‘Living in Drains/Sindiket/Kostum’ diikuti ‘Viral, Sial,’ ‘Di Sebalik Runcit’ dan ‘Memory As Resistance/Dialog dengan Dendi.’

Maklumat lanjut boleh dapati dari laman web freedomfilmfest.komas.org atau hubungi Ahmad menerusi talian 010-9756596 atau Aida (0113-1744460).

Sejarah ‘film fest’ telah bermula di Sarawak dari tahun 2010 dan ini adalah tahun kelima penganjurannya.