Lelaki miliki senapang angin tanpa lesen ditahan

0

LIMBANG: Hasrat seorang lelaki menyembunyikan selaras senapang angin memakan diri apabila tindakannya menyebabkan dia ditahan polis dalam satu serbuan di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.55 pagi itu, sepasukan polis mengadakan pemeriksaan ke sebuah rumah di kawasan Batu Biah.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata, dalam pemeriksaan  itu, polis menemui selaras senapang angin diletakkan atas tilam bersebelahan suspek.

“Serbuan dilakukan hasil maklumat risikan dijalankan anggota kita.

“Senapang itu dirampas dan pemiliknya ditangkap kerana gagal menunjukkan lesen serta permit sah memiliki senjata,”katanya di sini semalam.

Kes terbabit katanya akan disiasat di bawah Akta Senjata 1960.