UPP Batu Batu Kawa dan penduduk kampung bersihkan pokok tumbang

0
SIAP: Liu (tiga kiri) bersama ahli UPP Batu Kawa dan penduduk bergambar bersama-sama sebelum bersama-sama membersihkan pokok yang tumbang di atas jalan raya.

SIAP: Liu (tiga kiri) bersama ahli UPP Batu Kawa dan penduduk bergambar bersama-sama sebelum bersama-sama membersihkan pokok yang tumbang di atas jalan raya.

KUCHING: Hujan lebat dengan angin kencang yang berlaku pada malam ambang Tahun Baharu (31 Disember 2015) menyebabkan pokok tumbang di atas Jalan Sejijak, Batu Kawa dekat sini.

Bagaimanapun masalah itu tidak lama kerana  Parti Rakyat Bersatu (UPP) Cawangan Batu Kawa melakukan kerja-kerja pembersihan bersama penduduk kampung sebaik dimaklumkan mengenai perkara itu.

Bertindak atas maklumat daripada penduduk kampung UPP Batu Kawa diketuai Pengerusinya Liu Thian Leong bergegas menghulurkan bantuan.

Menurut kenyataan akhbar dikeluarkan UPP Batu Kawa kelmarin, hujan yang turun ketika kerja-kerja pembersihan dilakukan tidak mematahkan semangat pasukan itu.

“Pasukan ini berjaya membersihkan pokok yang tumbang di atas jalan raya pada hari sama walaupun terpaksa bekerja dalam hujan.

“Jelas penduduk kampung amat lega dan berterima kasih kepada UPP Batu Kawa kerana membantu menyelesaikan masalah itu,” tambah kenyataan akhbar tersebut.