BDA selesai masalah parit tersumbat

0
SELESAI: Sistem perparitan tersumbat berjaya diselesaikan melalui tindakan pantas kakitangan BDA.

SELESAI: Sistem perparitan tersumbat berjaya diselesaikan melalui tindakan pantas kakitangan BDA.

BINTULU: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) bertindak segera membersih sistem perparitan tersumbat mengakibatkan air melimpah keluar ke jalan raya di bulatan Jalan Tun Razak di sini selepas hujan turun beberapa jam semalam.

Pengurus Besarnya, Rodziah Morshidi berkata menyedari keadaan tersebut berpunca sistem perparitan tersumbat, pihaknya menghantar kakitangan ke kawasan tersebut memeriksa dan membersih parit tersumbat semalam.

“Daripada pemeriksaan dibuat sememangnya keadaan parit tersumbat berlaku. Kakitangan kami kemudiannya melakukan kerja-kerja menyelesaikan masalah tersebut,” katanya.

Beliau berterima kasih kepada kakitangan bertindak pantas mengatasi masalah itu sekali gus usaha itu diharap dihargai semua pihak.

“Penyelesaian segera pihak berkuasa amat diperlukan bagi memastikan permasalahan seumpamanya tidak mengakibatkan banjir kilat,” katanya.