Bomba Sukarela Song bertindak pantas padam jengkaut terbakar

0

SIBU: Pasukan Bomba Sukarela Song bertindak pantas bantu memadamkan api membakar bahagian enjin sebuah jengkaut di Kem Musyati, 0.5 Kilometer dari pekan Song pagi semalam.

Bertindak daripada maklumat, PBS Song diketuai Kong Chon Ming bersama tujuh anggota bergegas ke lokasi kejadian menaiki pacuan empat roda jam 9 pagi.

Setiba di lokasi, mereka mendapati jengkaut (Kobelco) berada dalam keadaan 70 peratus terbakar di bahagian enjin.

Kebakaran tersebut berjaya dipadamkan lima minit kemudian dengan menggunakan alat pemadam api mudah alih jenis ABC.

Difahamkan jengkaut tersebut adalah milik sebuah syarikat pembinaan Jambatan Katibas.

Punca kebakaran masih dalam siasatan dan operasi tamat sekitar jam 9.30 pagi.