RPR Rangau dilaksana selepas kelulusan LPN

0

KUCHING: Projek pembangunan semula Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Rangau, Limbang hanya akan dijalankan selepas kertas cadangan dilulus Lembaga Peran-cangan Negeri (LPN).

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak (HDC), Wan Mohd Yusop Wan Moss berkata pihaknya kini dalam fasa terakhir menghantar kertas cadangan kepada LPN termasuk kertas cadangan projek RPR Pusa, Betong.

Beliau berkata Kementerian Perumahan Sarawak mengarahkan anak syarikatnya, Daya Builders Sdn Bhd (DBSB) untuk merangka dan membangun semula projek itu.

“Pelan pembangunan semula RPR Rangau dan RPR Pusa akan menyerupai projek pembangunan semula bandar Sibujaya di Sibu,” katanya.

Menurut beliau, pembangunan RPR Rangaun membabitkan penempatan semula pembeli ke kawasan dekat dengan rumah baik dan berkualiti.

Reka bentuk baharu rumah itu lebih besar sejajar dengan permintaan tempatan walaupun terdapat dakwaan bahawa tiada apa dilakukan dalam projek pembangunan semula itu.

Wan Mohd Yusop menambah projek itu dicadang dan dilaksanakan di Limbang.

Selain itu, DBSB akan membinan lebih banyak rumah mampu milik di kawasan yang sama untuk penduduk Limbang.

Beliau menggesa penduduk Limbang bersabar sementara menunggu projek yang akan dihidupkan semula dan memberi jaminan bahawa kawasan tersebut akan dikekal.