Sarawak mohon lebih peruntukan atasi sekolah daif

0

Oleh Jessica Jawing//

DEMI SEKOLAH:Fatimah (tiga kanan) dan Chong (empat kanan) bersama wakil sekolah bantuan kerajaan selepas majlis penyerahan cek, semalam. Turut kelihatan Presiden SUPP Senator Datuk Dr Sim Kui Hian (kiri) dan Pengarah Pendidikan Negeri Rakayah Madon (kanan).

DEMI SEKOLAH:Fatimah (tiga kanan) dan Chong (empat kanan) bersama wakil sekolah bantuan kerajaan selepas majlis penyerahan cek, semalam. Turut kelihatan Presiden SUPP Senator Datuk Dr Sim Kui Hian (kiri) dan Pengarah Pendidikan Negeri Rakayah Madon (kanan).

KUCHING: Sarawak me-mohon lebih banyak per-untukan daripada kerajaan pusat pada tahun ini kerana masih banyak sekolah daif luar bandar perlu diberi perhatian serius.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah berkata, berdasarkan maklumat Jabatan Pendidikan Negeri, 483 bangunan dan 198 asrama sekolah dalam keadaan uzur dan perlu pembaikan segera.

“Di samping itu 30 daripada 31 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Sarawak memerlukan bangunan sendiri untuk beroperasi dengan efisien dan kondusif.

“Ketika ini mereka menum-pang di sekolah, menyewa bangunan kedai, bangunan kurang selamat atau berkongsi bangunan dengan agensi lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan cek Sekolah Bantuan Kerajaan (SJK(C), Mubaligh dan Conforming) Sarawak yang dihadiri Timbalan Menteri Pendidikan II Senator Chong Sin Woon di di SJKC Chung Hua No,3 di sini, semalam.

Tambah Fatimah, jabatan juga mengenal pasti 9,487 projek penambahbaikan dan penyelenggaraan, naik taraf serta pengubah suaian yang memerlukan perbelanjaan sebanyak RM642.23 juta.

“Peruntukan sebanyak RM95 juta daripada KPM telah diterima jabatan pada 2015,” katanya sambil memberitahu Sarawak telah memohon RM27.57 bilion untuk program lima tahun Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11).

Namun ujar beliau, hanya RM1.3 bilion diterima pada Rancangan Boleh Pinda (rolling plan) pertama dan berharap akan mendapat lebih banyak pada rancangan yang sama pada akan datang.

Dalam pelaksanaan RMK-11 kata beliau, jabatan telah mengenal pasti 1,055 projek sekolah dan PPD untuk penggantian bangunan, membina bangunan tambahan. menaiktaraf bangunan dan pembinaan sekolah baharu.

Sementara itu Chong ber-kata, sekolah bantuan kerajaan khasnya digesa mengemuka laporan projek menambah baik sekolah mereka demi kebaikan kepada sekolah dan kementerian.

Menurutnya, kementerian memerlukan laporan bagi menyemak dan membuktikan bahawa kewangan itu telah digunakan untuk melaksanakan projek.

Beliau pada masa memberitahu bagi 2016, kementerian dijangka menyerahkan cek bantuan kepada sekolah bantuan kerajaan lebih awal iaitu pada Mac depan.

“Namun ia terpulang kepada laporan dan permohonan kerana kita mengarah mereka membuat permohonan pada Januari supaya memudahkan proses selain meneliti permohonan setimpal diperlu sekolah,” tegasnya.

Semalam pada majlis pe-nyerahan cek menyaksikan sebanyak RM8.595 disampai-kan kepada 184 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), RM2.88 juta kepada 10 buah Sekolah Conforming sementara RM17.2 juta kepada 124 Sekolah Mubaligh.