Bapa dan anak cedera dalam kemalangan

0
KEMALANGAN: Beginilah keadaan kereta terbabit selepas melanggar tiang lampu isyarat.

KEMALANGAN: Beginilah keadaan kereta terbabit selepas melanggar tiang lampu isyarat.

SIBU: Seorang lelaki dan anak perempuannya telah dimasukkan ke hospital selepas kereta yang mereka naiki melanggar tiang lampu isyarat di Jalan Brooke Drive-Jalan Pahlawan, malam kelmarin.

Kejadian itu berlaku sekitar jam 8.30 malam apabila kereta yang menuju ke Jalan Brooke Drive gagal dikawal sebelum melanggar tiang lampu isyarat.

Akibat perlanggaran itu, kereta terbabit terbabas ke bahu jalan dan terbalik.

Pemandunya mengalami kecederaan di bahagian muka dan kaki manakala anaknya cedera di bahagian kaki dan turut mengadu sakit dada.

Kedua-dua mangsa kemudian dihantar ke hospital dengan menggunakan ambulans.