Pelajar Malaysia di Perancis maut ketika bermain ski

0

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Malaysia di Perancis, Affiah Ariffin Hew, meninggal dunia sehari selepas terbabit dalam kemalangan ketika bermain ski di Nice, Perancis, Jumaat lepas.

Difahamkan Affiah, 23, pelajar di University of Nantes terbabit dalam kemalangan ski itu pada 22 Jan lepas menyebabkannya berada dalam keadaan kritikal.

Ibu mangsa, Latipah Madon, yang kini berada di Perancis mengesahkan anaknya meninggal dunia kira-kira jam 7 malam Sabtu waktu tempatan (2 pagi Ahad waktu Malaysia) ketika dirawat di Hospital Chu Pasteur di Nice.

“Urusan membawa pulang jenazah anak saya ke Malaysia dijangka mengambil masa antara dua dan tiga hari,” katanya kepada Bernama menerusi khidmat pesanan Facebooknya semalam.

Beliau berlepas ke Perancis pada pagi Sabtu lalu selepas dimaklumkan mengenai kemalangan itu.

Sementara itu, Persatuan Pelajar Malaysia di Perancis (MASAF) menerusi laman Facebooknya menyatakan Affiah terbabit dalam kemalangan ketika berski di Nice.

Menurut MASAF, mangsa dibawa ke Hospital Chu Pasteur untuk rawatan dan dikatakan berada dalam keadaan koma.

“Kami ingin menzahirkan perasaan dukacita, hiba dan pilu dengan kejadian ini dan seterusnya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Affiah, semoga tabah dengan kehilangan insan tercinta,” kata MASAF menerusi Facebook.

Sementara itu di Kuantan, langkah Jabatan Imigresen melakukan pertukaran pegawai yang bertugas di kawasan sempadan mengikut jadual yang ditetapkan telah berjaya mengurangkan kes salah laku rasuah dalam kalangan anggota agensi itu.

Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Pengurusan), Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata arahan menukar pegawainya tiga tahun sekali itu juga telah menjadikan petugas jabatan itu lebih cekap dalam tugasan mereka.

“Kita tidak mahu anggota Jabatan Imigresen bertugas terlalu lama di sesuatu kawasan terutama di kawasan sempadan kerana ini boleh menyukarkan mereka untuk mengambil tindakan kerana mengenali rapat masyarakat setempat. — Bernama