Tuesday, October 20

Jelajah Pan Borneo: Fadillah naik bas bersama media

0
Fadillah Yusof bersama wartawan dalam bas perjalanan dari Kuching ke Sri Aman.

Fadillah Yusof bersama wartawan dalam bas perjalanan dari Kuching ke Sri Aman.

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof tidak kekok menaiki bas bersama sekumpulan wartawan yang menyertai program Jelajah Pan Borneo anjuran kementeriannya.

Jelajah itu memulakan perjalanan menggunakan bas dari Sematan pada pagi tadi dan dijadual akan tiba di Sibu lewat petang ini.

Esok pula mereka akan meneruskan perjalanan ke Miri – tempat terakhir program tersebut.

Sepanjang Jelajah itu, mereka akan dibawa ke lokasi-lokasi projek pembinaan jalan dan pembinaan lorong memotong.