Saturday, September 26

Kerajaan negeri mohon 22 Julai diiktiraf Hari Kemerdekaan Sarawak: Adenan

0

MIRI: Sarawak akan menuntut tarikh 22 Julai diiktiraf sebagai Hari Kemerdekaan Sarawak bermula tahun ini, sekaligus sebagai cuti umum negeri.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem beliau akan membincangkan perkara ini dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan pengiktirafan tersebut.

“Saya akan menuntut pengiktirafan untuk meraikan Hari Kemerdekaan Sarawak pada 22 Julai dan menjadikan ia cuti umum di negeri ini,” katanya pada majlis makan malam Tahun Baru Cina anjuran SUPP Parlimen Miri dan Sibuti di sini malam ini tadi.

Tarikh 22 Julai merupakan tarikh Sarawak mencapai kemerdekaan daripada British.

Bagaimanapun beliau menegaskan ia bukan bermakna Sarawak mahu menuntut ‘kemerdekaan’ daripada Persekutuan Malaysia, sebaliknya untuk meraikan kemerdekaan Sarawak daripada British.

Hari Kemerdekaan 31 Ogos untuk Malaysia masih diraikan.