Sekolah terjejas banjir tidak perlu kelas gantian

0

KUCHING: Sekolah terjejas akibat banjir di negeri ini tidak perlu membuat kelas gantian, kata Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah.

Beliau menjelaskan penutupan sekolah disebabkan bencana alam tidak diwajibkan menggantikan sesi kelas terjejas.

“Untuk makluman sesi persekolahan terjejas akibat bencana tidak diwajib untuk mengadakan kelas ganti, justeru sekolah ditutup akibat banjir melanda negeri ini tidak perlu membuat kelas gantian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkara itu selepas mengadakan mesyua-rat perbincangan mengenai penempatan lepasan Ma’had Tahfiz Tun Abdul Rahman Ya’kub (MATTARY) ke sekolah agama di Sarawak mulai 2017 di bilik mesyuarat, Bangunan Baitulmakmur, Petra Jaya di sini semalam.

Fatimah memberitahu setakat ini hanya dua sekolah di Daerah Serian masih ditutup iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sebanban dan SK St Teresa akibat banjir melanda sejak 19 Februari lalu.

Bagaimanapun beliau yakin dua sekolah tersebut dibuka semula pada Isnin nanti memandangkan keadaan banjir semakin pulih.

Selain itu, beliau menyaran agar Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah terjejas akibat banjir mengadakan aktiviti gotong-royong membersih sekolah masing-ma-sing.

“Ini perlu dilakukan ibu bapa bagi memastikan anak kita dapat meneruskan sesi pembelajaran mereka dengan kadar segera,” tambahanya.

Katanya, sekolah terlibat banjir berkurangan daripada empat kepada tiga buah setakat jam 8 pagi, semalam

Sementara itu, Jabatan Pendidikan Negeri melalui Bilik Gerakan Bencana mendedahkan daripada jumlah itu, dua sekolah iaitu SK St Teresa Serian dan SK Sebanban separa operasi manakala sebuah lagi, SK Tanah Puteh dijadikan Pusat Pemindahan Sementara.

“Secara keseluruhan keada-an sekolah terlibat banjir di Serian semakin pulih namun SK St Teresa Serian dan SK Sebanban separa operasi (kerja pembersihan sedang dijalankan).

“Sementara SK Selampit telah beroperasi seperti biasa kerana air surut sepenuhnya. Bagaimanapun jumlah kerosakan masih belum dipasti dan akan dimaklumkan,” kata kenyataan bilik gerakan bencana jabatan.