Najib serikan majlis rumah terbuka TBC di Sibu

0
SEMARAK KEMERIAHAN: Najib (kiri) disambut mesra oleh Setiausaha Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baharu Cina 2016 di Dataran Bandar Sibu, malam tadi.

SIBU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem bersama 30,000 penduduk Sibu meraikan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baharu Cina (TBC) 2016 di Dataran Bandar Sibu, malam tadi.

Kemeriahan majlis anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dengan kerjasama kerajaan Sarawak itu diserikan lagi dengan kehadiran isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan isteri Ketua Menteri, Datin Patinggi Datuk Jamilah Anu.

Hadir sama ialah Menteri Kewangan Kedua merangkap wakil masyarakat Cina,Dato Sri Wong Soon Koh, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, menteri-menteri kabinet persekutuan dan negeri Sarawak serta pemimpin-pemimpin negeri dan tempatan.

Hiasan tanglung di sekitar Dataran Bandar Sibu dan pelbagai persembahan yang mempesonakan ternyata menyemarakkan lagi semangat 1Malaysia pada majlis itu.