Polis ditahan positif dadah

0

LIMBANG: Seorang anggota polis ditahan kerana dipercayai positif dadah dalam satu pemeriksaan di pejabat narkotik di sini petang kelmarin.

Suspek lelaki 36, ditahan sekitar jam 2.45 petang dan didapati positif dadah jenis Amphethamine selepas ujian saringan awal dilakukan ke atasnya.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati suspek mula terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah sejak 2011.

“Kali terakhir suspek mengambil dadah dua hari lepas,” katanya.

Suspek pernah ditangkap atas kesalahan sama tahun lepas dan kes terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.