1.14 juta pengundi layak mengundi di 82 kawasan

0

Termasuk 14,000 tentera dan 9,500 polis yang akan mengundi awal kerana bertugas pada hari mengundi

BERTUKAR PENDAPAT: Mohd Hashim (kiri) dalam perbincangan bersama ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Abdullah Saidol pada taklimat bersama wakil-wakil parti politik di Kuching, semalam.

BERTUKAR PENDAPAT: Mohd Hashim (kiri) dalam perbincangan bersama ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Abdullah Saidol pada taklimat bersama wakil-wakil parti politik di Kuching, semalam.

KUCHING: Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-11 akan menyaksikan 1.14 juta peng-undi berdaftar layak meng-undi di 82 buah kawasan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, angka itu turut merangkumi 14,000 anggota tentera dan 9,500 anggota polis yang akan mengundi awal kerana bertugas pada hari mengundi.

Selain itu, sebanyak 21,000 petugas pilihan raya yang bertugas semasa hari mengundi, akan mengundi menggunakan undi pos.

“Pilihan raya akan datang akan melibatkan kira-kira 160,000 orang mengundi di kawasan-kawasan baharu,” katanya ketika taklimat kepada wakil parti-parti politik di sini, semalam yang dihadiri semua parti politik kecuali Parti Keamanan Sarawak dan Parti Pekerja Sarawak (SWP).

Mohd Hashim berharap parti-parti politik dapat menggalakkan pengundi berdaftar tampil mengundi dalam PRN akan datang.

Beliau turut berharap wa-kil-wakil parti yang meng-hadiri taklimat semalam dapat menggalakkan pengundi untuk menyemak kawasan sebelum mengundi.

Dalam PRN tidak lama lagi, Mohd Hashim berkata, SPR memperuntukkan RM135 juta untuk mengadakan pili-han raya.

Katanya sebanyak 38 heli-kopter akan digunakan sebagai pengangkutan bagi 21 kawasan luar bandar yang tidak dapat dihubungi menggunakan kereta dan bot.

“Sebanyak 1,871 pusat mengundi dan 2,945 saluran mengundi akan ditubuhkan pada hari mengundi,” kata-nya.

Sementara itu, Pengarah SPR Sarawak Datu Takun Sunggah ketika ditanya mengenai pelan luar jangka jika pusat mengundi banjir ketika hari mengundi berkata, SPR mungkin menangguhkan proses pengundian di stesen tertentu.

“Jika stesen mengundi terjejas akibat banjir dan orang tidak dapat mengundi, mungkin Suruhanjaya akan menetap-kan satu tarikh lain dan tempat untuk mengundi pada hari berlainan. Dalam kes itu, pengumuman keputusan akan ditangguhkan,” jelasnya.

Mengenai peta persempadanan baharu katanya, beliau perlu memerika dengan Jabatan Tanah dan Survei kerana jabatan itu yang mencetak peta.

Menurut Takun, Parlimen meluluskan usul menambah 11 kerusi menjadikan angka kawasan di Sarawak sebanyak 82 buah pada 2 Disember dan persempadanan semula itu diwartakan pada 18 Disember tahun lepas.