245 pengundi dipindah ke daerah mengundi baharu tanpa pengetahuan, kebenaran

0

KUCHING: Selepas persempada-nan semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), didapati kira-kira 245 pengundi di bawah DUN Mambong telah dipindahkan ke daerah mengundi dari di PULASAR ke Seratau tanpa pengetahuan dan kebenaran daripada mereka (pengundi).

Perkara itu didedahkan Pengerusi Pendaftaran Pengundi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak Willie Mongin sambil menambah, sangat mengesali perkara tersebut ekoran Pilihan Raya Negeri (PRN) akan diadakan tidak lama lagi.

Menurut beliau, kes tersebut telah melibatkan pengundi dari Kampung Bratan dan Kampung Bratan Asah di Batu 15 hingga ke Batu 17, Jalan Puncak Borneo.

“Saya terkejut kerana pengundi-pengundi yang dipindahkan ini adalah termasuk saya sendiri dan saudara saya,” katanya di sini, semalam.

Sehubungan itu, Willie yang juga ketua PKR Cawangan Puncak Borneo berkata beliau telah mengadu mengenai kes tersebut kepada Pengarah SPR Negeri Datu Takun Sunggah pada 27 Januari lalu dan sudah diselesaikan baru-baru ini.

“Saya sangat memuji beliau (Takun) atas profesionalisme dalam mengendalikan perkara ini,” katanya.

Justeru, Willie mengingatkan kepada semua pengundi di ne-geri ini supaya menyemak daerah mengundi masing-masing sebelum mengundi pada PRN yang akan diadakan tidak lama lagi.

“Saya ingin memberitahu peng-undi di seluruh Sarawak untuk mengambil usaha proaktif bagi memastikan stesen dan daerah mengundi mereka adalah betul… jika tidak, mereka akan menghadapi masalah semasa mengundi,” katanya.