Saturday, January 25

Dr Patau, pengasas Parti STAR, meninggal dunia

0
File photo of Dr Patau Rubis.

Dr Patau Rubis.

KUCHING: Pengasas Parti Reformasi Negeri (STAR) Dr Patau Rubis meninggal dunia petang tadi selepas jatuh pengsan ketika menghadiri mesyuarat agung tahunan parti itu di sebuah hotel di sini.

Bekas menteri muda Sarawak itu dikatakan jatuh pengsan sekitar jam 4 petang dan kemudian dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) namun disahkan meninggal dunia pada jam 5 petang.

Dr Patau, 70, meninggalkan seorang balu, Tessie dan tiga anak, dua perempuan, seorang lelaki, Jennifer, June dan Sean.

Beliau mula menceburi bidang politik apabila bertanding buat pertama kali dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 1986, di kerusi Mas Gading di bawah tiket Barisan Nasional namun tewas kepada calon Bebas, Patrick Anek Uren.

Karier politik beliau terus menyerlah selepas menang dalam PRU dengan dengan majoriti 3,232 undi.