Saturday, July 20

PRN 11: Jabu berundur, Uggah di Bukit Saban

0
DEMI BN: Adenan bersama Jabu, Uggah dan wakil rakyat yang lain di Debak hari ini.

DEMI BN: Adenan bersama Jabu, Uggah dan wakil rakyat yang lain di Debak hari ini.

BETONG: Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem hari ini mengumumkan Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu tidak akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Layar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

Pengumuman Adenan itu dibuat ketika beliau berucap pada majlis pemimpin bersama rakyat di Dewan Masyarakat Debak dekat sini.

Adenan menyerahkan kepada Jabu untuk menentukan siapa calon BN penggantinya.

Jabu dikatakan bakal diganti anaknya Gerald Rentap yang juga Timbalan Ketua Pemuda PBB.

Rentap ketika ditemui berkata beliau sedia menggalas tanggungjawab membawa kemenangan kepada BN.

Adenan turut mengumumkan Naib Presiden Kanan PBB Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga kini merupakan menteri di kabinet persekutuan, untuk bertanding di DUN Bukit Saban.

ADUN Bukit Saban, Robert Lawson Chuat akan berundur.

Adenan juga mengumumkan Simoi Peri dan Mohd Razi Sitam akan mempertahankan kerusi masing-masing, Lingga dan Saribas.