Sarawak adalah negeri contoh kepada perpaduan 1Malaysia

0
TAHNIAH: Abang Johari (tujuh kanan) menyerahkan cek bernilai RM1,000 kepada johan Pertandingan Marhaban 1Malaysia kategori lelaki kelmarin.

TAHNIAH: Abang Johari (tujuh kanan) menyerahkan cek bernilai RM1,000 kepada johan Pertandingan Marhaban 1Malaysia kategori lelaki kelmarin.

KUCHING: Sarawak adalah negeri contoh kepada perpaduan 1Malaysia yang secara semula jadinya dimiliki semua golongan rakyat negeri ini.

Menurut Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, justeru Perdana Menteri amat menyukainya dan sering datang ke Sarawak.

“Pertandingan Marhaban 1Malaysia turut menunjukkan bagaimana persaudaraan sesama umat menjadikan ia sebagai salah satu tarikan kepada perpaduan di negeri ini.

“Ini merupakan usaha bangsa Melayu untuk memartabatkan perpaduan melalui penganjuran Pertandingan Marhaban 1Malaysia.

“Budaya yang memupuk persaudaraan ini hendaklah dikekalkan dan hendaklah banyak bersabar dalam membawa wahyu keagamaan,” katanya ketika berucap pada Majlis Penangguhan Pertandingan Marhaban 1Malaysia di sini, kelmarin.

Budaya Islam tambahnya, jika terdapat halangan dalam membawa ajaran tersebut, maka gunakan ia secara berhemah dan jangan putus asa kerana urusan yang dijalankan secara berperingkat akan diterima oleh semua.

Malahan penganjuran pertandingan marhaban kini turut diminati dan disertai kaum wanita.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undnagan Negeri (ADUN) Satok percaya budaya mulia berzikir dan berzanji sia-sia sekiranya tidak ada usaha untuk memahami makna yang tersirat.

Pihak penganjur majlis mengucapkan penghargaan kepada Abang Johari kerana memperuntukkan RM30,000 bagi tujuan penganjuran majlis.

Pertandingan tersebut terbuka kepada dua kategori iaitu wanita dan lelaki dan johan membawa pulang wang tunai RM1,00, trofi dan sijil penyertaan pertandingan masing-masing.

Mereka adalah kumpulan Suara FELCRA dari Asajaya, Samarahan (kategori lelaki) sementara Nahdatul Islamiah dari Kampung Sebandi Matang, Asajaya untuk kategori wanita.

Turut hadir Timbalan Yang Dipertua PKMS Dr Wan Ali Tuanku Madhi dan Pengerusi Pengelola Marhaban 1 Malaysia Sahmat Meterang.