DUN Sarawak bubar hari ini untuk beri laluan PRN11

0

KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan hari ini untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) diadakan.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem mengumumkan tarikh pembubaran pada 31 Mac lepas selepas dipersetujui Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada hari yang sama.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima notis pembubaran daripada Speaker DUN Sarawak Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar pada 1 April.

PRN11 akan menyaksikan 82 kerusi DUN dipertandingkan berbanding 71 kerusi pada PRN10 yang diadakan pada April 2011.

Barisan Nasional (BN) akan meletakkan calon di semua 82 kawasan dengan keyakinan tidak bermasalah untuk membentuk semula kerajaan negeri.

Adenan yang juga pengerusi BN Sarawak sebelum ini berkata tumpuan kini ialah untuk memastikan BN menang dengan majoriti besar.

Komponen BN Sarawak terdiri daripada empat parti iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).

Setakat semalam (Ahad), Adenan telah mengumumkan calon-calon BN untuk 58 kerusi dan beliau akan mempertahankan DUN Tanjong Datu pada PRN kali ini.

Senarai lain ialah, Pantai Damai-Dr Abdul Rahman Junaidi (PBB), Demak Laut-Dr Hazland Abang Hipni (PBB), Tupong-Fazruddin Abdul Rahman (PBB), Samariang-Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (PBB), Satok-Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg (PBB), Padungan-Peter Pau (SUPP), Pending-Milton Foo (SUPP), Batu Lintang-Sih Hua Tong (SUPP).

Kota Sentosa-Wilfred Yap (SUPP), Batu Kitang-Lo Khere Chiang (SUPP), Batu Kawah- Datuk Dr Sim Kui Hian (SUPP), Asajaya-Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah (PBB), Stakan-Dato Sri Mohammad Ali Mahmud (PBB), Mambong-Datuk Dr Jerip Susil (calon langsung BN), Tarat-Datuk Roland Sagah Wee Inn (PBB), Tebedu-Dato Sri Michael Manyin Jawong (PBB), Kedup-Martin Ben (PBB), Sadong Jaya-Aidel Lariwoo (PBB).

Gedong-Datuk Mohd Naroden Majais (PBB), Sebuyau-Datuk Julaihi Narawi (PBB), Lingga- Simoi Peri (PBB), Beting Maro-Razali Gapor (PBB), Balai Ringin-Snowdan Lawan (PRS), Bukit Begunan-Datuk Mong Dagang (PRS), Simanggang-Datuk Francis Harden Hollis (SUPP), Engkilili-Dr Johnical Rayong (calon langsung BN), Batang Ai-Malcolm Mussen Lamoh (PRS).

Saribas-Mohd Razi Sitam (PBB), Layar-Gerald Rentap Jabu (PBB), Bukit Saban-Datuk Amar Douglas Uggah Embas (PBB), Kuala Rajang-Datu Len Talif Salleh (PBB), Semop- Abdullah Saidol (PBB), Repok-Datuk Seri Huang Tiong Sii (SUPP), Ngemah-Alexander Vincent (PRS), Machan-Allen Siden Gramong (PBB), Bukit Assek-Chieng Buong Toon (SUPP).

Nangka-Dr Annuar Rapa’ee (PBB), Dalat-Datuk Fatimah Abdullah (PBB), Tellian-Yussibnosh Balo (PBB), Balingian-Abdul Yakub Arbi (PBB), Tamin-Christopher Gira (PRS), Kakus-Datuk John Sikie Tayai (PRS), Pelagus-Wilson Nyabong (PRS), Balleh-Tan Sri Datuk Amar James Masing (PRS), Belaga-Liwan Lagang (PRS), Murum-Chuk Pai Ugon (PRS), Jepak- Datuk Talib Zulpilip (PBB), Kemena-Datuk Stephen Rundi Utom (PBB).

Samalaju-Majang Renggi (PRS), Bekenu-Rosey Yunus (calon langsung BN), Lambir-Ripin Lamat (PBB), Piasau-Datuk Sebastian Ting (SUPP), Senadin-Datuk Lee Kim Shin (SUPP), Telang Usan-Dennis Ngau (PBB), Bukit Kota-Dr Abdul Rahman Ismail (PBB), Batu Danau-Paulus Palu Gumbang (calon langsung BN) dan Bukit Sari- Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Manakala 24 lagi kerusi iaitu Opar, Tasik Biru, Muara Tuang, Serembu, Bukit Semuja, Simunjan, Kalaka, Krian, Kabong, Daro, Jemoreng, Meradong, Pakan, Meluan, Dudong, Bawang Assan, Pelawan, Katibas, Bukit Goram, Tanjong Batu, Pujut, Marudi, Mulu dan Ba’Kelalan belum diumumkan calonnya.

Bagi Parti Keadilan Rakyat, calon-calon yang sudah diumumkan ialah Francis Teron (Opar), Boniface Willie Tumek (Tasik Biru), Jajol Numan (Tanjong Datu), Nurhanim Hanna Mokhsen (Tupong), Mohd Salleh (Satok), See Chee How (Batu Lintang), Voon Chiak Ni (Batu Kitang), Athina Sim (Serumbu), Willie Mongin (Mambong), Musa Ngog (Tarat) dan Cyril Langin (Kedup).

Reginald Abell (Triboh), Jamilah Baharuddin (Simunjan), Abang Zulkifli Abang Engkeh (Lingga), Nicholas Mujah (Balai Ringin), Norina Utot ( Simanggang), Kolien Liong (Batang Ai), Yukud Daud (Saribas), Vernon Kedit (Layar), Neol Bucking (Bukit Saban), Jemat Panjang (Kalaka), Ali Biju (Krian) dan Baru Bian (Ba’Kelalan).

Manakala Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah mengesahkan akan bertanding di 11 kerusi yang akan diwakili 10 calon penyandang beragama Islam dan seorang bukan Islam berbangsa Iban.

Mereka ialah Jofri Jariee (Pujut), Mohammad Arifiriazul Paijo (Lambir), Zharudin Naruddin (Samalaju), Kiprawi Aman (Jepak), Clement Bayang (Kakus), Hamidah Mokhtar (Beting Maro), Wan Abdillah Wan Ahmad (Sebuyau), Asan Singkro (Sadong Jaya), Zulkifli Ramzi (Muara Tuang), Yusof Assidiqqi Ahmad Sharkawi (Samariang) dan Zainal Abidin Yet (Pantai Damai).

Sementara Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan AMANAH masih belum mengesahkan calon masing-masing setakat ini.