SUKMA cetus pembangunan industri sukan Sarawak

0

KUCHING: Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-18 di Sarawak pada Julai ini akan mencetuskan pembangunan industri dan kemudahan sukan negeri ini, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata temasya itu secara tidak langsung mampu menambah pelaburan kepada industri sukan tempatan selain membangunkan atlet dan pelapis muda dari Bumi Kenyalang.

“Pelbagai kemudahan dan infrastrukur telah dibangun dan bakal dinaik taraf kerajaan negeri dan Persekutuan. Antaranya menaik taraf Stadium Sarawak, Kompleks Sukan Petra Jaya, kompleks sukan akuatik dan terjun bertaraf antarabangsa, pembinaan baharu gelanggang boling padang, skuasy dan banyak lagi,” katanya. — Bernama