Tuesday, July 27

Poster direka kreatif meriahkan PRN

0
HIAS: Sebuah perahu layar dihiasi dengan poster calon BN, Datuk Talib Zulpilip.

HIAS: Sebuah perahu layar dihiasi dengan poster calon BN, Datuk Talib Zulpilip.

BINTULU: Perang poster antara Barisan Nasional (BN) dan parti pembangkang semakin meriah di kampung termasuk pusat bandar Bintulu di sini.

Tinjauan mendapati pemasangan poster juga direka dalam pelbagai gaya kreatif dan menarik, antaranya poster direka penyokong BN di Kampung Sinong berdekatan dengan pusat bandar Bintulu.

Reka bentuknya adalah sebuah perahu layar yang memaparkan poster calon BN kawasan Jepak Datuk Talib Zulpilip di samping dihiasi dengan bendera BN.

Penempatan perahu layar itu bertepatan dengan Bintulu yang suatu ketika dahulu dan kini masih mengekalkan warisan sebagai sebuah perkampungan nelayan meskipun telah pesat membangun sebagai sebuah bandar industri penting di Sarawak dan Malaysia amnya.