Richard Morais akan dipanggil semula untuk beri keterangan

0
BARANG BUKTI: Dr Ahmad Hafizam ketika membuat pengecaman ke atas sampel barang-barang bukti kes pembunuhan Kevin Morais di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam. — Gambar Bernama

BARANG BUKTI: Dr Ahmad Hafizam ketika membuat pengecaman ke atas sampel barang-barang bukti kes pembunuhan Kevin Morais di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam. — Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Datuk Richard Dillan Morais, adik kepada Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais yang mayatnya di-sumbat di dalam tong dram, akan dipanggil semula untuk memberi keterangan pada perbicaraan kes itu, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu semalam.

Peguam Datuk N. Sivananthan berkata, tujuan me-manggil semula Richard Morais adalah untuk mengesahkan penerimaan borang daftar kematian dan permit penguburan Kevin Morais daripada Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang di-tandatangani Dr Ahmad Hafizam Hasmi pada 22 Oktober 2015.

“Kami memohon supaya pendakwaan memanggil semula (ke mahkamah) Richard Morais mengikut Seksyen 51A (5) Kanun Tatacara Jenayah. Semasa perbicaraan ini, Richard Morais tidak memberitahu mahkamah beliau ada menerima borang ini dan kami (pembelaan) tidak sedar tentang borang ini sehinggalah pagi ini (semalam).

“Jadi, kami ingin memohon supaya Richard Morais dipanggil semula ke mahkamah untuk pemeriksaan semula,” kata Sivananthan pada perbicaraan hari kesembilan kes pembunuhan Kevin Morais di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin tidak membantah permohonan itu.

Terdahulu, ketika men-jawab soalan Wan Shaharuddin mengenai borang itu, Dr Ahmad Hafizam yang merupakan Pakar Per-ubatan Forensik Jabatan Perubatan Forensik HKL berkata borang itu ada dikeluarkan pihaknya kepada waris Kevin Morais iaitu Richard Morais.

“Borang JPN.LM02 me-rupakan borang yang diperlu-kan waris untuk dihantar ke Jabatan Pendaftaran Negara bagi mendaftarkan kematian seseorang dan JPN akan mengeluarkan sijil kematian,” katanya.

Sementara itu semasa pe-meriksaan balas Sivananthan mengenai sijil kematian Kevin Morais, Dr Ahmad Hafizam, 37, berkata beliau tidak ditunjukkan sijil itu.

Sivananthan turut memaklumkan pihak pendakwaan tidak mengemukakan sijil kematian itu kepada pihak pembelaan.

Kepada soalan peguam M. Manoharan sama ada butiran dalam borang JPN.LM02 adalah benar dan betul, Dr Ahmad Hafizam menjawab ‘benar dan betul’.

Merujuk kepada borang itu, Manoharan mencadangkan tarikh dan waktu kematian Kevin Morais pada ‘16 September 2015’ dan ‘1 petang’ adalah benar dan betul, saksi itu menjawab ‘tidak benar’.

Dalam pemeriksaan semula, Wan Shaharuddin bertanyakan sebab beliau tidak bersetuju dengan tarikh dan waktu kematian yang direkodkan, Dr Ahmad Hafizam menjawab tarikh 16 September 2015 dan 1 petang merupakan tarikh dan waktu mayat didaftarkan di Jabatan Perubatan Forensik.

Saksi itu juga mengekalkan keterangan sebelum ini daripada Pakar Perunding Forensik HKL, Dr Nurliza Abdullah, bahawa sebab kematian Kevin Morais adalah ‘probable asphyxiation’ (lemas).

Seramai enam orang lelaki – G.Gunasekaran, 48, R.Dinishwaran, 24, A.K. Thinesh Kumar, 23, M.Vishwanath, 26, S.Nimalan, 23, dan S.Ravi Chandaran, 45, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh Kevin Morais antara jam 7 pagi dan 8 malam, 4 September, 2015, di antara Jalan Dutamas Raya Sentul dan No.1 Jalan USJ1/6D, Subang Jaya.

Kol Dr R. Kunaseegaran, 53, yang merupakan tertuduh pertama, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersubahat dengan enam lelaki itu dalam pembunuhan Kevin Morais di tempat, tarikh dan masa sama.

Perbicaraan bersambung esok. — Bernama