Kereta ditinggalkan di garisan kuning balai polis disaman

0
AMBIL TINDAKAN: Polis mengeluarkan saman terhadap kenderaan pacuan empat roda yang ditinggalkan di garisan kuning berhampiran pondok polis di Balai Polis Sentral Sibu, semalam.

AMBIL TINDAKAN: Polis mengeluarkan saman terhadap kenderaan pacuan empat roda yang ditinggalkan di garisan kuning berhampiran pondok polis di Balai Polis Sentral Sibu, semalam.

SIBU: Polis mengeluarkan saman terhadap sebuah kereta pacuan empat roda kerana ditinggalkan di tempat garisan kuning berhampiran Balai Polis Sentral Sibu, di sini.

Ketua Balai Polis Sentral Sibu ASP Herman Rakey berkata, kereta terbabit ditinggalkan di kawasan itu sejak tiga hari lalu.

Semasa diperiksa, didapati pintu kereta berkenaan tidak berkunci dan cukai jalannya tamat tempoh.

Menurut Herman, Ketua Polis Sibu ACP Mohd Kamal Kordi sebelum ini pernah mengeluarkan arahan supaya orang ramai tidak meninggalkan kereta mereka berhampiran pondok polis di Balai Polis Sentral Sibu.

Ini kerana ruang tersebut sering digunakan polis khususnya ketika berlaku kecemasan.

Herman menasihati orang ramai tidak menggunakan tempat parkir dalam kawasan Balai Polis Sentral Sibu sesuka hati.

“Sejak tiga hari lalu, orang awam mengambil kesempatan meninggalkan kereta mereka di kawasan balai.

“Keadaan itu menyukarkan anggota dan pegawai polis bertugas dan mereka meninggalkan kereta mereka jauh dari kawasan balai,” ujar beliau.

Justeru, Herman harap orang ramai dapat memberi kerjasama dengan polis bagi melicinkan tugasan mereka menjaga ketenteraman awam.