Kegagalan bukan satu pilihan lagi, kata Martino

0

TA03462EAST RUTHERFORD, Amerika Syarikat (AS): Jurulatih Argentina, Gerardo Martino berkata kegagalan bukan satu pilihan lagi ketika pasukannya cuba memadam kekecewaan tewas di dua final berturut-turut apabila menentang Chile untuk menentukan siapa juara Copa Amerika.

Argentina akan menentang Chile di Stadium MetLife pada final mirip kejohanan yang sama tahun lepas, dengan kekalahan itu mengekalkan penantian 23 tahun kejuaraan buat Argentina selepas turut tewas di final Piala Dunia 2014.

Martino memberitahu wartawan di mana Argentina sudah melupakan kebimbangan utama mereka sebelum kejohanan, yang telah dijamin dengan melangkah ke satu lagi final.

“Beban berbesar ialah menangani situasi ini berbanding beraksi di final sekali lagi,” kata Martino.

“Mengharungi perkara yang sama sekali lagi bukan mudah dan ia satu pencapaian besar, ia mengambil banyak usaha untuk melangkah ke final sekali lagi.

“Satu- satu perkar a yang membimbangkan sekarang ialah untuk menang di final.

Penyokong kami mahukan kemenangan, begitu juga pemain.

Dan ia adalah kenapa kami bersedia memberikan segala-galanya untuk mengubah keputusan tahun lepas.

” Argentina tewas kepada Chile menerusi penentuan sepakan penalti di final tahun lepas, yang dianjurkan di Chile selepas permainan sehingga masa tambahan kekal 0-0.

Kekalahan itu satu lagi kekecewaan buat Lionel Messi dan rakan-rakannya, yang tewas tipis 0-1 kepada Jerman di final Piala Dunia 2014.

Ditanya apa kesimpulan dari kekalahan di final Copa Amerika tahun lepas, Martino menjawab: “Kami tidak dapat tewas satu lagi final.

Ia kesimpulan terbesar sekarang.

” Martino dalam pada itu memberikan pujian kepada prestasi cemerlang Messi ketika membantu pasukannya ke final, dengan berkata bintang kelab Barcelona itu telah mengulangi pencapaian terbaiknya di peringkat kelab ke peringkat antarabangsa ekoran kestabilan dalam skuad.

“Saya benar-benar fikir sejak sekian lama, beliau sudah bermain dengan baik bersama pasukan kebangsaan,” kata Martino.

“Beliau mempunyai lebih banyak prestasi yang baik berbanding tidak baik.

Saya tidak fikir kami melakukan sesuatu yang berbeza.

“Beliau sudah bermain dengan rakan yang sama sejak sekian lama.

Ia menjadikan beliau gembira, beliau berada pada kedudukan yang baik, sama seperti di Brazil (Piala Dunia 2014) dan juga pada tahun lepas dengan cara beliau bermain ketika ini.

” Martino dan Argentina akan berdepan dengan ujian getir menentang juara bertahan, walaupun ada menewaskan Chile 2- 1 pada perlawanan pusingan pertama mereka.

“Chile mengembangkan permainan mereka dengan sangat baik selain melakukan asakan berbahaya – ia adalah senjata utama mereka dan menjadikan mereka salah sebuah pasukan terbaik di dunia,” kata Martino.  — AFP