Pelajar Kolej SEGi Sarawak menyertai Festival Bookaroo Pustaka

0
KENANGAN: Gambar secara kumpulan bersama pengarah-pengarah festival, ahli jawatankuasa, pencerita, penulis, pelukis ilustrasi, penghibur dan pelajar SEGi Sarawak.

KENANGAN: Gambar secara kumpulan bersama pengarah-pengarah festival, ahli jawatankuasa, pencerita, penulis, pelukis ilustrasi, penghibur dan pelajar SEGi Sarawak.

KUCHING: Pelajar yang mengikuti program Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak-Kanak di Kolej SEGi Sarawak menerima pengetahuan dan pengalaman bermakna dan tidak ternilai apabila menyertai program sukarelawan selama dua hari di Festival Bookaroo Pustaka baru-baru ini.

Festival itu menyasar untuk membawa faedah dan keajaiban membaca kepada kanak-kanak sekali gus menjadikannya sebagai peluang sempurna bagi para pelajar menghabiskan masa dengan kanak-kanak.

Para pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (DECE) dan Ijazah Sarjanah (Kepujian) Pendidikan Tahun Awal Kanak-Kanak (BAEYE) dipuji oleh pihak penganjur acara itu atas semangat dan profesionalisme dalam menjayakan festival berkenaan.

Menurut kenyataan akhbar dikeluarkan semalam, para pelajar bertugas di pelbagai sesi sepanjang acara bagi menggalakkan kanak-kanak meluahkan perasaan melalui seni dan bermain, selain membaca.

Projek itu turut membantu meningkatkan kemahiran-kemahiran pelajar dalam bekerja dalam satu kumpulan, pengurusan dan kepimpinan, komunikasi, kemahiran antara perorangan, pembelajaran sepanjang hayat, kewarganegaraan, kesediaan kerja dan pemikiran kritikal.

Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial di kampus turut mengagumi kecekalan para pelajar dan melihatnya sebagai peluang untuk pelajar-pelajar berjumpa dengan pakar-pakar lain dalam industri sama.

Para pelajar turut berpeluang mengaplikasikan pengetahuan dalam bilik darjah dalam aktiviti kesukarelaan ini dan meningkatkan kemahiran dengan bekerjasam dengan pemain-pemain industri lain sementara menjalankan tugas.

Pengalaman yang diraih daripada aktiviti ini akan dikongsikan bersama para pelajar lain yang terlepas peluang untuk menyertai festival berkenaan, serta bakal-bakal pelajar.

Kolej SEGi Sarawak mempelawa sesiapa yang berminat menceburi industri itu dengan menyertai program Universiti Greenwich United Kingdom dalam DECE dan BAEYE tersebut dan pengambilan untuk Jun kini dibuka untuk pendaftaran.

Untuk keterangan lanjut, hubungi 082-252566 atau memohon atas talian di www.segi.edu.my atau kunjungi kampus utama Kolej SEGi Sarawak di  211, Jalan Bukit Mata, 93500 Kuching, Sarawak.