Karnival Pekerjaan OKU dijadual 30 Julai ditunda

0

MIRI: Karnival Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) Peringkat Negeri Sarawak dijadualkan pada 30 Julai ini ditunda ke tarikh baharu atas sebab-sebab tidak dapat dielakkan.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Miri yang juga urus setia memberitahu, program sepatutnya bermula jam 10 pagi hingga 5 petang pada Sabtu depan di tingkat bawah Permy Mall Miri.

“Bagaimanapun, kami terpaksa menundanya ke satu tarikh dan masa baharu yang akan diumumkan nanti,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Karnival tersebut diadakan bertujuan membuka peluang-peluang pekerjaan khusus kepada golongan OKU.

Ia adalah usaha menyemai keyakinan pada diri mereka berdikari serta menggunakan pengetahuan dan pengalaman yang ada untuk menceburi bidang pekerjaan yang bersesuaian.