Petra Giant ungguli persada Liga Kuching LSC 2016

0

KUCHING: Petra Giant mengungguli persada Liga Kuching LSC 2016 dengan tujuh mata terhasil daripada dua kemenangan dan sekali seri dalam tiga perlawanan awal.

Dalam aksi lalu, skuad berpangkalan di Kuching itu menewaskan Borneo Island dengan 2-0 hasil jaringan Yazid Ahmad dan Mohd Hafiz.

Bagaimanapun, pencabar terdekat I.E.M-SJN menge­kori rapat pendahulu liga meskipun berkongsi tujuh mata kerana perbezaan jaringan.

I.E.M-SJN turut cemer­lang dalam tiga saingan awal mempertahan rekod tanpa kalahnya ketika menun­dukkan Al-Malizia 1-0 hasil jaringan Mohd Shazwan pada minit ke-27.

Sementara itu, KSK Satok bangkit mengutip tiga mata berharga ketika mengalahkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dengan 2-0.

Gol-gol pasukan KSK Satok tercipta pada minit ke-24 menerusi Norman Ibrahim dan Mohd Er­wandi penghujung babak pertama.

Pada saingan lalu, skuad KSK Satok sekadar mencat­atkan keputusan seri tanpa jaringan ketika berdepan Al-Malizia sekali gus meraih satu mata.

KSK Satok kini meng­huni tangga ketiga Liga Kuching dengan empat mata sementara DBKU, AXIS, APM, Al-Malizia dan Borneo Island mas­ing-masing mengumpul satu mata.