Madu kelulut mempunyai nilai komersial tinggi

0

Rakyat negeri ini terutama di luar bandar digalak terlibat dalam penternakan dan penghasilan madu kelulut

// Oleh Nick Fletcher //

BERKHASIAT: Nogeh dan Pak Sabri menunjukkan produk madu kelulut yang dipamerkan sempena Kelulut Walk 2016 di Dewan Suarah Bau semalam.

BERKHASIAT: Nogeh dan Pak Sabri menunjukkan produk madu kelulut yang dipamerkan sempena Kelulut Walk 2016 di Dewan Suarah Bau semalam.

BAU: Rakyat negeri ini terutama di kawasan luar bandar digalak terlibat dalam penternakan dan penghasilan madu kelulut yang kini mempunyai nilai komersial tinggi.

Timbalan Menteri Per-tanian dan Industri Asas Tani Anthony Nogeh Gumbek berkata ia kerana madu kelulut mempunyai pasaran yang baik sekali gus mampu menjana pendapatan yang lumayan ekoran penggunaannya yang semakin popular.

“Saya sangat menggalakkan penduduk Sarawak berke-cimpung dalam penternakan dan penghasilan madu kelulut kerana ia mempunyai pasaran yang baik,” katanya semasa merasmikan Kelulut Walk 2016 di Dewan Suarah Bau di sini, semalam.

Menurut Anthony, Malaysia juga telah menjadi salah satu pengeksport madu kelulut bagi memenuhi permintaan pasaran luar negara.

“Kita sudah mengeksport madu kelulut ke Timur Tengah, Singapura, Hong Kong serta banyak lagi dan permintaannya setakat ini sangat menggalakkan,” katanya.

Sementara itu, Kelulut Walk 2016 menyaksikan Duta Madu Kelulut Pak Sabri Ali berumur 54 tahun dari Kemaman, Terengganu melakukan jelajah sejauh 2,000 kilometer ke 14 negeri selama 55 hari untuk mempromosikan madu kelulut, sekali gus direkodkan dalam Malaysia Book of Records.

Di samping itu, ia juga platform bagi mempro-mosikan pameran Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism (MAHA) 2016 yang akan diadakan di Selangor pada Disember nanti.

Justeru, Sarawak telah menjadi antara destinasi jelajah Pak Sabri iaitu di Sibu pada 9 Oktober lepas, dari Damai Central ke The Waterfront Hotel di Kuching pada 11 Oktober dan di Dewan Suarah Bau, semalam.

Menurut Pak Sabri yang kali pertama datang ke Sarawak, jelajahnya itu adalah untuk membuktikan khasiat madu kelulut yang boleh memberi tahap kecergasan dan kekuatan yang baik kepada tubuh.

“Saya sudah mengamalkan madu kelulut selama dua tahun dan hasilnya, saya mempunyai stamina yang kuat.

“Dulu sebelum meng-amalkan madu kelulut, saya cepat letih dan tidak larat apabila berjalan jauh,” katanya.

Sehubungan itu, beliau me-nyarankan agar semua orang tanpa mengira usia dan jantina untuk bersama-sama meng-amalkan pengambilan madu kelulut.