‘Muda Hashim Garage Sale’ jana rezeki lebih penduduk setempat

0
TINJAU: Abang Johari (kanan) berkesempatan meninjau gerai-gerai jualan ‘Muda Hashim Garage Sale’ 2016 diiringi Dzamaluddin (tengah) sebelum hujan lebat, semalam.

TINJAU: Abang Johari (kanan) berkesempatan meninjau gerai-gerai jualan ‘Muda Hashim Garage Sale’ 2016 diiringi Dzamaluddin (tengah) sebelum hujan lebat, semalam.

KUCHING: Hujan lebat turun semalam langsung tidak mematahkan semangat peniaga ‘Muda Hashim Garage Sale’ 2016 anjuran kali kedua diadakan bertempat di Jalan Muda Hashim di sini.

Disertai kira-kira 80 peserta peniaga, ia jelas mempamer sambutan yang begitu menggalak berbanding penganjuran pertama pada tahun lalu yang hanya merekod 40 peserta sahaja.

Turut hadir merasmikan ‘Muda Hashim Garage Sale’ 2016 ialah Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan serta Menteri Perumahan dan Urbanisasi Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Beliau dalam ucapan ringkasnya berkata, sememangnya peluang untuk berniaga seumpama itu harus direbut oleh masyarakat setempat yang berminat menceburi bidang keusahawanan dan perniagaan.

“Saya difahamkan jualan garaj hari ini (semalam) adalah lebih baik berbanding tahun sebelum ini.

“Saya menjangka pada tahun akan datang ia dapat dilaksana dan saya amat menyokong jualan garaj ini bagi menambahj rezeki penduduk Jalan Muda Hashim bertambah,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok itu berkata, peluang sedia ada itu juga perlu dimanfaatkan sebaiknya memandangkan kedudukan Satok yang strategik dan merupakan pusat perniagaan.

‘Muda Hashim Garage Sale’ 2016 berlangsung selama dua hari bermula semalam sehingga hari ini (30 Oktober) dari jam 9 pagi sehingga 11 malam (Sabtu) dan 9 pagi sehingga 5 petang (Ahad).

Antara barangan yang dijual pada ‘Muda Hashim Garage Sale’ 2016 itu ialah pakaian terpakai, tudung wanita, pakaian kanak-kanak, barangan makanan, kasut terpakai dan banyak lagi.

Hadir sama ialah Pengerusi Program ‘Muda Hashim Garage Sale’ 2016 merangkap Ketua Pemuda PBB Ranting Muda Hashim Dzamaluddin Zainudin.