Pemerkasaan wanita agenda utama kementerian

0

Oleh Agnes Tugong//

CENDERAHATI: Megir (kanan) menyampaikan cenderahati berupa bunga orkid kepada Fatimah sebagai tanda penghargaan. Turut kelihatan Dr Rahman (kiri) dan Hasidah (dua kanan).

CENDERAHATI: Megir (kanan) menyampaikan cenderahati berupa bunga orkid kepada Fatimah sebagai tanda penghargaan. Turut kelihatan Dr Rahman (kiri) dan Hasidah (dua kanan).

KUCHING: Pemerkasaan wanita melalui perkongsian maklumat akan menjadi agenda utama berterusan Kementerian Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti.

Menterinya, Datuk Fatimah Abdullah berkata aspek pemerkasaan wanita adalah penting bagi menjamin ke-utuhan sesebuah keluarga.

“Ramai wanita di luar sana belum mengetahui akan hak mereka serta saluran tepat untuk menuntut hak sebagai wanita teraniaya.

“Sebab itu, kementerian memberi penekanan sebagai aspek pemerkasaan wanita dan menjadikannya sebagai agenda utama berterusan kementerian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Seminar Ke-pimpinan Wanita 2016 di salah sebuah hotel terkemuka di sini semalam.

Seminar tersebut merupakan salah satu daripada aktiviti sempena sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Sarawak di Stadium Perpaduan, Petra Jaya di sini hari ini.

Sejajar dengan usaha kementerian memperkasa wa-nita, tema ‘Memperkasakan Wanita Melalui Perkongsian Maklumat’ dipilih pada seminar kali ini.

Antara topik utama dibincangkan pada seminar ini ialah Keganasan RumahTangga, Kehamilan Remaja dan Wa-nita dan Undang-Undang.

Dalam pada itu, bagi memperkasa lagi wanita, Fatimah berkata kerajaan menerusi kementeriannya telah bersetuju untuk diadakan sambutan Hari Wanita di peringkat daerah setiap tahun.

Bagi tujuan itu, sejumlah RM5,000 peruntukan telah diperturunkan kepada pejabat dearah bagi menganjurkan Hari Wanita peringkat daerah.

Fatimah turut berharap peserta seminar seramai 1,000 lebih orang yang hadir semalam akan menggunakan sepenuhnya ilmu yang dipelajari pada seminar ini untuk memperkasakan diri mereka.

Turut hadir pada majlis penutupan semalam, Menteri Muda Kebajikan dan Kesejahteraan Komuniti Dr Abdul Rahman Ismail, Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pembangunan Keluarga Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali serta Setia-usaha Tetap Kementerian Datin Megir Gumbek.