Futsal: Persela FC, Duta Holding Petra Giant FC berentap di final

0
SERAH: Poh (tiga kanan) menyampaikan piala pusingan kepada Kamaluddin (tiga kanan) pada majlis ringkas petang semalam.

SERAH: Poh (tiga kanan) menyampaikan piala pusingan kepada Kamaluddin (tiga kanan) pada majlis ringkas petang semalam.

KUCHING: Dua jaguh futsal tempatan, Persela FC dan Duta Holding Petra Giant FC akan berentap untuk me-nentukan siapa lebih berhak menjuarai Kejohanan Futsal Piala YB Fazzrudin Abdul Rahman 2016 yang akan berlangsung di Sports Planet, Demak Laut di sini, jam 8.30 malam esok (Ahad).

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Bahagian Kuching (KDFA), Kamalud-din Akil memberitahu final tersebut dijangka sengit kerana kedua-dua skuad bakal mempertaruh barisan pemain terbaik mereka dalam misi memburu kejuaraan.

“Kita mempelawa peminat futsal sekitar bandar raya ini turun memberi sokongan kepada Persela FC dan Duta Holding Petra Giant FC.

“Fina l be rmul a j am 8.30 malam dan kita men-jangkakan saingan sengit dipersembahkan kedua-dua pasukan nanti,” katanya ditemui pada majlis penyerahan piala pusingan tajaan Lea Sports Centre (LSC) di sini semalam.

Majlis ringkas itu disem-purnakan Pengarah Urusan LSC, Poh Hoon Siok yang turut dihadiri wakil Sports Planet Demak Laut, Saiful Bahri.

Kamaluddin menambah, sebelum final lelaki bermula berlangsung aksi final Kejo-hanan Futsal Wanita Piala Menteri Belia, Sukan dan Solidariti (Dato Sri Michael Manyin Jawong) 2016 disu-suli dengan penyampaian hadiah Liga Futsal Kuching 2016.

Juara milik Duta Holding Petra Giant FC yang mem-bawa pulang wang tunai RM3,000, piala, pingat selain baucar barangan sukan tajaan LSC berjumlah RM1,500.

Manakala, naib juara milik Persela FC menerima wang tunai RM2,000, piala dan pingat selain baucar barangan sukan tajaan LSC berjumlah RM1,000.

Tempat ketiga dirangkul Axis FC menerima RM1,000, piala dan pingat termasuk baucar barangan sukan tajaan LSC RM600.

Hadiah untuk pemain ter-baik dan penjaring terbanyak juga disediakan iaitu piala selain baucar barangan su-kan RM200 setiap seorang tajaan LSC.

Majlis penyampaian hadiah dijangka disempurnakan Se-tiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Solidariti, Kameri Affendi.