Lumbat bot naga dirasmi

0
BERSAING: Sebanyak 26 pasukan dari 10 buah negara memulakan saingan lumba bot naga di Tebingan Kuching sehingga hari ini.

BERSAING: Sebanyak 26 pasukan dari 10 buah negara memulakan saingan lumba bot naga di Tebingan Kuching sehingga hari ini.

RASMI: Abang Johari menitik mata bot naga sebagai simbolik perasmian lumba bot naga antarabangsa di Tebingan Kuching, semalam.

RASMI: Abang Johari menitik mata bot naga sebagai simbolik perasmian lumba bot naga antarabangsa di Tebingan Kuching, semalam.

SAINGAN BERMULA: Peserta lumba bot naga memulakan saingan di Tebingan Kuching.

SAINGAN BERMULA: Peserta lumba bot naga memulakan saingan di Tebingan Kuching.

KUCHING: Acara lumba bot naga antarabangsa sempena Festival Tebingan Kuching dibuka secara rasmi oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, semalam.

Simbolik perasmian perlumbaan itu disempurnakan apabila Abang Johari yang juga Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan melakukan upacara menitik mata bot naga yang bertanding.

Turut hadir Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datu Ik Pahon Joyik serta Menteri Muda Pembangunan Keusahawanan Datuk Naroden Majais.

Sebanyak 26 pasukan dari 10 negara mengambil bahagian pada perlumbaan kali ini yang berlangsung selama tiga hari dari 11 hingga 13 November di Tebingan Kuching di sini.

Antara negara tersebut ialah Brunei, China, Hong Kong, Indonesia, Singapura, Filipina, Taiwan, Belanda, United Kingdom dan Malaysia.

Malaysia diwakili oleh lima  pasukan iaitu Penang Forward Sport Club, Skrine Dragons Kuala Lumpur, Tuaran Hakka Associate Sabah dan dua dari Sarawak.

Sebanyak lima kategori dipertandingkan iaitu empat kategori antarabangsa dan satu kategori tempatan yang menawarkan hadiah wang tunai bernilai RM45,500 termasuk piala dan pingat.

Selepas perasmian lumba bot naga semalam, Abang Johari turut melancarkan Dapur Asia yang dibuka di Old Court House bagi memeriahkan lagi Festival Tebingan Kuching 2016.

Festival Tebingan Kuching berlangsung selama 10 hari bermula 11 hingga 20 November dengan acara kemuncaknya Lumba Perahu Regata Sarawak dari 18 hingga 20 November ini.

Regata Sarawak menawarkan hadiah wang tunai bernilai RM240,000 dan pemenang Raja Sungai akan membawa pulang piala dan wang tunai RM10,000.