Thursday, October 21

Lima pemain LFA menyertai pemilihan Piala Presiden, Piala Belia di Kuching

0

LIMBANG: Persatuan Bola Sepak Limbang (LFA) menghantar lima pemain berpotensi di bahagian ini untuk menyertai sesi pemilihan pemain Piala Presiden dan Piala Belia di Kuching kelmarin.

Timbalan Presiden LFA [email protected] Tawar berkata, pemilihan pemain dibuat selepas pemantauan oleh Jurulatih Pasukan Piala Presiden Sarawak Safri Amit di Limbang sebelum ini.

Selain i tu, katanya, kebanyakan pemain beraksi pada Piala Belia Bawah 19 Tahun di Bintulu baru-baru ini.

“Kita yakin akan ada persaingan pada sesi pemilihan pemain daripada bahagian lain.

“Jika dua hingga tiga pemain kita terpilih ia sudah menunjukkan pencapaian terbaik untuk Limbang,” katanya di sini, semalam.

Mereka yang terpilih ialah Rudy Racha, Kipdixon Powel Pokai, Eric Lanjap, Mohd Nazzroll Assan dan Dominic Tea.

Mereka berangkat ke Kuching tengah hari kelmarin.

Turut hadir menghantar pemain di Lapangan Terbang Baharu Limbang ialah Setiausaha LFA Abdul Ajis Kon Mohd Ghazali, Naib Presiden LFA Bulhaji Wahab dan Bendahari LFA Frederick Lalung.

Sementara itu, Alidin memuji pencapaian Limbang selepas berada di kedudukan ketiga Piala Belia baru-baru ini.

“Ini pencapaian yang cukup baik buat pemain dan kita berharap kemenangan ini akan diteruskan pada masa akan datang sekali gus menjulang industri bola sepak tempatan di tahap yang lebih tinggi,” ujarnya.