Malaysia juara beregu campuran

0
TERBAIK: Beregu campuran negara Goh/Shevon dan Kian/Pei bersama hadiah dimenangi pada aksi final Kejohanan Badminton Victor Far East Malaysia Masters di Sibu semalam.

TERBAIK: Beregu campuran negara Goh/Shevon dan Kian/Pei bersama hadiah dimenangi pada aksi final Kejohanan Badminton
Victor Far East Malaysia Masters di Sibu semalam.

Kian Meng/Pei Jing rangkul kejuaraan setelah tundukkan rakan sepasukan Goh/Shevon

SIBU: Beregu campuran negara, Kian Meng Tan/Pei Jing Lai merangkul kejuaraan kategori itu setelah menundukkan rakan sepasukan, Goh Soon Huat/Shevon Jennie Lai dengan 21-17, 21-9 pada aksi final Kejohanan Badminton Victor Far East Malaysia Masters di Stadium Tertutup Sibu semalam.

Dalam final itu, beregu campuran Malaysia semenangnya sudahpun menggenggam kejuaraan apabila kedua-dua beregu itu berentap sesama sendiri.

Sementara itu, pasangan beregu lelaki negara, Sze Fei Goh/Nur Izzuddin gagal meneruskan momentum kemenangan skuad Malaysia apabila tewas kepada Berry Angriawan/Hardianto Hardianto dari Indonesia.

Mereka tewas set pertama dengan 21-19 manakala set kedua tewas mudah 21-12 sekali gus mengecewakan hampir 3,000 penonton yang membanjiri Stadium Tertutup Sibu semalam.

Perlawanan mengambil masa selama 44 minit itu menyaksikan Sze/Nur Izzuddin bermain dengan kurang keyakinan berbanding Angriawan/ Hardianto yang bermain cukup tenang dan bijak menghidu peluang daripada kesilapan lawan.

Terdahulu, pada perlawanan pembukaan final regu wanita diungguli pasangan dari Thailand Jongkolphan Kititharakul/Rawinda Prajong apabila menewaskan pasangan Poon Lok Yan/Tse Ying Suet dari Hong Kong dengan 21-17, 21-9.

Manakala final perseorangan lelaki menyaksikan pemain dari Korea Selatan, Lee Hyun Il terpaksa menarik diri untuk meneruskan perlawanan.

Ini berikutan beliau mengalami kecederaan di kelopak matanya gara-gara terkena pukulan raket sendiri dalam usaha bertahan daripada serangan lawannya, Ng Ka Long dari Hong Kong.

Lee tidak dapat meneruskan perlawanan akibat kelopak matanya berdarah dan mulai bengkak pada minit ke-46 semasa perlawanan set ketiga (penentuan) ketika itu catatan 10-9 mata.

Terdahulu di set pertama, Lee menang dengan 21-14 manakala set kedua Ng bangkit untuk menang 21-15.

Aksi terakhir kategori final perseorangan wanita, pemain dari India – Saina Nehwal sudah dijangka mengungguli kategori itu apabila menewaskan pemain dari Thailand, Pornpawee Chochuwong dengan 22-20, 22-20.

Juara dan naib juara setiap kategori masing-masing menerima hadiah wang tunai USD 9,480 dan USD 4,560.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

Hadir sama Menteri Belia, Sukan dan Perpaduan Dato Sri Michael Manyin Jawong, Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh, Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Hamzah, Menteri Muda Menteri Muda Penyelidikan Sains dan Bioteknologi Dr Annuar Rapa’ee dan Pemangku Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Al Amin Abdul Majid.