Pemuda PBB bantah kehadiran Anwar di Sarawak

1

BANTAH: Ahli-ahli Pergerakan Pemuda PBB Zon Tengah Sarawak bersama ahli-ahli UMB, PEKIDA, NAFAS dan NGO yang lain semasa mengadakan bantahan secara aman di Sibu, kelmarin.

SIBU: Sepuluh cawangan Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di zon tengah negeri ini mengadakan protes secara aman di sini kelmarin bagi membantah kehadiran Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini.

Turut bersama kira-kira 150 ahli Pergerakan Pemuda PBB Zon Tengah meng-adakan protes secara aman itu ialah ahli-ahli Biro Ekonomi Pemuda PBB Negeri dan berpuluh-puluh orang ahli PEKIDA Sibu, Unit Media Baru dan Persatuan Seni Silat Nafas Alam (NAFAS) Wilayah Sibu.

Mereka turut membawa poster yang antaranya ditulis dengan kata-kata berbunyi ‘Anwar Kuda DAP’, ‘Pengkhianat Orang Melayu’, ‘Raja Pembelit, Pembohong & Pengkhianat’ dan ‘Penipu’.

Ketua Pemuda PBB Cawangan Tamin yang bertindak sebagai jurucakap mengadakan protes itu semalam, Michael Mew berkata, 10 Cawangan Pemuda PBB itu ialah Cawangan Bukit Assek, Dudong, Pelawan, Nangka, Bawang Assan, Machan, Meluan, Tamin, Semop, Ngemah dan Meradong.

“Protes secara aman yang kami adakan hari ini (semalam) adalah bagi mencadangkan kepada pihak berkuasa berkaitan supaya menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada datang melawat Sarawak lagi khasnya ke sini pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, ketua pembangkang itu datang melawat Sarawak bukan dengan tujuan untuk membela nasib rakyat sebaliknya lebih condong kepada menghasut rakyat Sarawak dengan menanam bibit-bibit kebencian.

“Rakyat di negeri ini selama ini sentiasa hidup dalam suasana aman dan sejahtera.

“Bagaimanapun, sejak kehadiran Anwar dengan ideologi politiknya, keadaan hidup tenteram penduduk di kampung mula bertukar menjadi kecoh,” tegas beliau.

Michael berkata, sebelum keadaan sekarang menjadi tidak terkawal adalah lebih baik bagi pihak berkuasa mengawal atau menyekat Anwar daripada terus berkunjung ke negeri ini.

Katanya, sungguhpun nega-ra mengamal sistem pemerintahan demokrasi dan rakyat bebas bergerak di seluruh pelosok negara namun jika kehadiran seseorang pemim-pin itu boleh menggugat ke-tenteraman adalah lebih baik kunjungannya dikawal.

Misalnya perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara baru-baru ini, ternyata misi lawatan kebanyakan pemimpin dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak mahu membawa keadaan serupa agar turut berlaku di negeri ini, tambah beliau.

“Kita tidak mahu perkara seperti itu berlaku di negeri ini. Justeru sebelum apa-apa perkara yang buruk berlaku di Sarawak adalah lebih baik untuk menyekat kedatangan mereka.

“Dengan ini, kami meng-adakan bantahan secara aman hari ini untuk memohon jasa baik pihak berkaitan supaya menyekat kedatangan Anwar,” tambah beliau.