Program Penghayatan 1Malaysia erat hubungan antara penduduk

0

SRI AMAN: Komuniti 1Malaysia (K1M) dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia (JPM) Daerah Simunjan mengadakan Program Penghayatan 1Malaysia bertempat di Balai Raya, Kampung Kesindu, Simunjan baru-baru ini.

Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat diberi penghormatan me-rasmikan majlis itu.

Masir ketika berucap pada majlis memberitahu beliau amat berbangga kerana pihak peng-anjur berjaya menganjurkan program itu memandangkan ia mampu mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara penduduk setempat di kawasan ini.

“Kerjasama seperti ini mampu  memupuk semangat perpadu-an serta membantu mencapai matlamat konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya.

Masir turut menegaskan bahawa semua penduduk memain peranan penting untuk menjayakan pelaksanaan program perpaduan di negeri ini ke arah mencapai status negara maju pada masa akan datang.

“Saya berharap agar penduduk di kawasan Parlimen Sri Aman tidak terpedaya dengan hasutan kumpulan terbabit yang cuba memusnahkan suasana harmoni di sini terutamanya menjelang musim pilihan raya akan datang,” ujarnya.

Turut hadir pada majlis itu Pegawai Penerangan Daerah Simunjan, Maria Tungkat dan Ketua Kampung Kesindu, Robert Gana Jampong.

Sejumlah empat buah K1M dari Pekan Simunjan, Sebuyau, Tebelu dan Batang Kanan turut sama menjayakan program itu.