MIRI: Pasukan futsal tempatan dipelawa menyertai pertandingan Futsal Piala X’Mas 2014 yang dijadualkan berlangsung pada 11 hingga 14 Disember depan di Stadium Tertutup Miri.
Pertandingan itu adalah anjuran Kedai Sukan City Sport dan terhad kepada 64 pasukan terawal sahaja manakala hanya kategori lelaki terbuka sahaja yang dipertandingkan kali ini.
Penganjurnya, Lee Joon Siong berkata yuran penyertaaan bagi pertandingan itu adalah RM150 manakala tarikh tutup penyertaan adalah pada 8 Disember ini.
Katanya, pertandingan itu terbuka kepada semua warga Malaysia dan warga asing yang memiliki pasport yang sah.
Juara akan membawa pulang RM1000, piala dan medal manakala naib juara dan tempat ketiga menerima RM500 dan RM300 berserta piala dan medal iringan.
Cabutan undi akan dibuat pada 9 Disember di Stadium Tertutup Miri. Sebarang keterangan lanjut boleh menghubungi Lee Joon Siong di talian 012-8041199 atau 085- 422333.