Kerajaan tidak akan tunduk

5

NGO boleh protes, namun HEP perlu dilaksana untuk masa depan Sarawak, kata Masing

KUCHING: Kerajaan tidak akan tunduk dengan desakan pakatan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mahu pelaksanaan projek hidro-elektrik (HEP) di negeri ini dihentikan.

Menteri Kemajuan Tanah Tan Sri Dr James Jemut Ma-sing berkata, projek itu adalah demi kepentingan dan masa depan Sarawak yang akan bergantung kepada sektor per-  industrian.

“(Pakatan) NGO berhak untuk berbuat apa yang mereka mahu, tetapi saya rasa sebab di sebaliknya adalah tidak berapa munasabah untuk kita (kerajaan) pertimbangkan dengan serius.

“Anda harus ingat bahawa HEP adalah tenaga boleh diperbaharui paling bersih yang boleh dimiliki kerana saya rasa kita tidak boleh bergantung kepada tenaga angin dan solar sebab ia tidak akan mampu menampung kapasiti diperlukan,” katanya ketika ditemui di lobi Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan berita atas talian berhubung pakatan NGO Sarawak yang mahu pelaksanaan projek empangan mega dihentikan di negeri ini kerana menjejaskan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).

Dalam laporan tersebut, Pa-sukan Tindakan Perlindungan Baram (BPAT) dan Rangkaian Menyelamat Sungai Sarawak (SSRN), cuba menyerahkan memorandum kepada kerajaan pusat agar projek empangan mega yang dilaksanakan kerajaan negeri dihentikan.

Bagaimanapun, kumpulan tersebut hanya dapat menye-rahkan memorandum itu kepada Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP), Lim Guan Eng.

Empangan tambahan dicadang dibina di Ulu Air, Metjawah, Belaga, Baleh, Belepeh, Lawas, Tutoh, Limbang, Baram, Murum dan Linau.

Masing memberitahu, pakatan NGO itu boleh berbuat se-perti mana yang mereka mahu, namun kerajaan pada masa sama perlu memastikan me-reka melaksanakan projek itu dengan baik.

“Apa yang kita ingin laksanakan, kita mesti lakukan dengan baik kerana ia harus berasaskan situasi menang-menang kepada pengguna dan penge-luar HEP,” katanya.

Pada masa sama, beliau menafikan skim tersebut agak lemah dan perlu diperbaiki dari semasa ke semasa.

Menurutnya, kerajaan akan cuba memperhalusi program-programnya, contohnya skim penempatan semula bagi penduduk yang terjejas akibat projek tersebut.

“Apa yang kita boleh buat di sini ialah mewujudkan pro-gram penempatan semula yang lebih baik untuk penduduk-penduduk yang terjejas… itu sahaja kerana ia perlu diperbaiki dan mesti      diperbaiki,”  katanya.